Tuesday, 8 January 2013

Ah Pedih


Hahaha okay  ayat pertama korang mesti macam ni kan bila baca tajuk post terbaru aku ni.

"Bapak tak boleh blah tajuk dia ni"
"Ewwwww"
"Nak muntah pelangi"

Lantak lah korang nak cakap apa pasal tajuk aku, aku tak kisah langsung. Kalau tak nak baca tu ha butang pangkah dah boleh click rasanya. Amboi Zetty, first mukadimah kau dah kemain menghalau orang. Lek ah doh, get Lipton Ice Tea what? Haahaha k sumpah hambar. Mari teruskan bercerita. Okay sebelum tu Assalamualaikum semua. Hari ni mood aku agak macam kelaut sikit. Almaklumlah kan, bila ada benda yang kita tak suka jadi mesti kita rasa WADEPAK doh?!! Apa salah aku ?!!! *jerit kuat-kuat dalam hati* 

Alkisah ....

Pada suatu petang yang lengang dekat kedai dengan bertambah suram nya dengan tak ada customer,aku terima satu mesej. K dalam hati aku dah dapat agak mesti Maxis lah ni nak hantar sms jiwang lagi kat aku. Kalau tak pasal SOS Topap, mesti suruh aku topap. Siapa tak kenal Maxis? Terkenal dengan line nya yang serupa hanjengggg dan suka tolak kredit orang sesuka hati *agak-agak orang Maxis saman aku tak buat statemen serupa Hazwan Ali ni?* Hahaha okay kembali semula. Then aku open mesej rupanya bukan dari Maxis tetapi rupanya dari bestfriend aku until Jannah iaitu Shahira. Dia text kat wa macam mana tau 

"Aku rasa Rabu *yang sepatutnya esok* ni kita tak dapat keluar sesama lah. Aku nak kena balik Putrajaya. Sedih weyh"

That moment bila aku baca text dari Shahira tetiba ada sound effect petir kat belakang aku *sangat propa hengkoooo* Then bila aku baca tu, sumpah aku rasa macam WADEHELLLL doh ?! Tapi tak apa aku tak marah pun. Malam sebelum tu pulak si Razila call aku yang si Yumi tak dapat pergi sebab dia tak ada cuti. Dia cuti hari Isnin je. Kau tengok, bermacam-macam dugaan yang aku dapat. Betapa tabahnya aku melalui semua ini. Lol. Cuma aku frustrated sikit sebab bayangkan k dari minggu lepas aku tunggu hari Rabu sebab nak keluar jump korang semua then shopping sama-sama. And last-last tak jadi.Lagi satu, bila lagi kita boleh jumpa lagi sama-sama kan? Sedihhh. So aku hanya mampu terima dengan reda dan aku anggap benda ni small matter je. Aku tak kisah pun so aku pun wat lek wat chill sambil makan kacang rebus. Mungkin sebab aku terlalu berharap dan excited sangat, tu lah padahnya hahaha K....

Selama ni memang betul lah kata orang, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. So kita tak boleh nak salahkan sesiapa, tetapi kita harus terima semua ini dengan reda. Aku cerita benda ni mcm masalah besar je kan tapi tu lah hakikat yang kita harus terima. Mungkin ada hikmah yang berlaku di sebaliknya yang kita tidak tahu. Sambil aku mengelamun memikirkan nasib yang malang ni tetiba.....

Bunyi phone aku berbunyi lagi menandakan mesej masuk. K aku pun lagi, dengan sepantas kilat tambah angin tambah cahaya tambah special cheese bukak mesej. Sekali lagi dari Shahira

"Weh Raz kata Isnin depan kita keluar ;)"

And me was like eh seriously ke ni doh? Mereka ni memang pandai pujuk hati aku balik. Ceh ye ye je. Hahaha kalau tak, aku kalau dah merajuk memang susah nak pujuk tau. Kau bagi aku tujuh dulang hati nyamuk plus jambatan emas pun belum tentu boleh jalan lagi. Hahaha Okay, bila aku dah baca mesej dia tu, aku tak nak berharap sangat lah tapi im still happy tapi tak nak over excited sangat nanti jadi mcm dulu. Mintak-mintak jadi, so boleh aku update gambar nanti kat blog. Muahahahahahaah okay *mcm jantan dah aku gelak* Tapi benda ni small matter je, aku dah lupakan semua. Tengok betapa positifnya diri ni? hahahahahhaha

Till we meet again,xoxo


2 comments:

NURULHANIF said...

salam perkenalan.. akka dh follow jugak zetty.. bgslah keje cari pengalaman..

Zetty Zulkifli said...

wish me luck kak hhihi ;-)