Monday, 28 May 2012

Rilekslahhh...

Assalamualaikum semua. Tadi jalan-jalan dekat muka buku kejap. Saja jalan maklum lah lama sangat dah tak bukak. Sekarang ni kan asyik layan Twitter and Blog. Blog ni pon sebenarnya baru nak berjinak-jinak Hhihi. Tiba-tiba tengah syiokk scroll down home dekat Muka Buku tiba-tiba mata aku ni tertancap pulak dekat seorang minah yang aku rasa boleh tahan lawa tapi hmmm status-status dia semua maki-maki orang. Gentle aku cakap aku tak paham lah dengan perangai orang macam ni. Motif kau nak maki-maki ni kenapa? Awak tu dah lah perempuan. Jagalah tatasusila dan adab kita sebagai perempuan. Jangan sampai orang luar cakap '' Haihh nama je perempuan, muka dah ayu tapi bahasa macam .......'' Paham-paham sendiri je lah. Aku rasa tak salah kalau kita nak cakap baik-baik. Lagipon Facebook tu kan public, semua orang boleh baca. Kalau nak maki boleh , maki dalam hati. Haaa kau maki lah puas-puas Hahahaha

Tapi bagi aku, kalau aku marah dekat orang tu akan terus terang and speak slowly lah dengan dia. Tak pun aku perli dia dekat Twitter ke Facebook ke. Biar dia terasa sendiri. Muaahaha padan muka kau. Tapi tak perlulah nak maki-maki sampai keluar perkataan yang aku rasa tak perlulah aku nak tulis dekat sini. Kita kan perempuan. Perempuan ini manis, ayu dan lembut *macam aku kan* Hahahahaah
So stay cool, stay chill k 

4 comments:

StuntWomanWho :) said...

sometimes , tak sedar apa yang diorang tulis :P

Zetty Zulkifli said...

Tulah bila marah menguasai diri Hihihih

gebot said...

haiiii.....visit blog gebot gak k...dah follow sini...^^
stgh org mmg xde keje maki2 ni...:(

Zetty Zulkifli said...

Tu lah pasal, nampak macam tak manis lah pulak hahaha ^^