Wednesday 9 January 2013

Reonning Man


Eh apasal aku spelling Running Man lain macam je tu? Hahaha for those yang tak tahu tu,meh aku nak bagi tahu sikit Korean people kalau sebut Running Man macam ni tau.. Read my lip eh muncung kan mulut anda seperti Nur Feetri sambil menyebut "REONNING MAN". Sesiapa yang tak tahu pasal Running Man tu, mohon gali kubur sendiri.Aku malas nak explain panjang lebar so korang boleh click sini. Then type sendiri. Aku dah tolong bagi link dah kira bagus. Hahahahha  :p Malas aku nak explain panjang lebar. Maybe aku ni agak lame sikit sebab aku sebenarnya baru tahu pasal Running sejak dari tahun lepas. Maybe pertengahan bulan kot. Cerita segala-galanya bermula apabila aku, Najwa dan Shahira duduk satu geng dalam kelas dan berbual-bual. Maklum lah, masa tu kan tak ada cikgu then kitorang masih tak sedar dan masih bermimpi lagi yang SPM ni lambat lagi,seriously aku cakap time dah bulan 10 tu baru kesedaran tu datang sikit demi sikit.Gila kan kitorang ni. Enjoy je lebih. K teruskan....

Najwa: Shahira, rumah awak ada Astro Beyond kan? Tengok Running Man. Kelakar gila
kan?
Shahira:Haah ada
Najwa:Awak tengok tak pasal eps yg kat Thailand tu 
Shahira: Hahaha *gelak mcm setan* Kelakar gila kan episod tu 
Aku : *Pandang mereka dan WADEHELLL. Amende diorang membebel ni*

Lepas tu aku dah start usha sleng kat makhluk dua ekor ni. Sumpah aku tak faham amende yang dia cakap ni. Dah mcm rupa alien tengah bercakap dua orang dan aku kat tengah-tengah. Then aku tanya Najwa macam-macam soalan berkaitan dengan Running Man tu. Aku dah rupa macam Nas dalam segmen Terjah cuma penampilan je berbeza. Dia freehair, aku bertudung. Hahahah k hambar tahap nak hantok kepala kat dinding* Lantok ! Yang penting aku nak tahu hahah Pasal pelajaran tak nak pulak kau tahu. Maaf sila abaikan statement tadi.

Aku: Amende doh Running Man?

Then, Najwa pun membalas pertanyaan aku dengan panjangnya dah serupa macam jalan kerja Add Math. Padahal soalan aku pendek je, jawapan dia dah boleh mengalahkan kamus Dewan edisi ke-3. Lepas tu dia terangkan lah kat aku pasal Running Man, ahli-ahli dia semua and yang part yang tak boleh blah dia siap lukis lagi ahli-ahli Running Man semua.Lukis orang lidi pun boleh cuma ketebalan line je yang berbeza. Kalau orang lidi dia tu pekat semacam, tu adalah Jong Kook. Hahaha kelakar pulak bila pikirkan balik. Lol Time dia cerita tu sepatah aku tak paham, so aku nak sedapkan hati dia dan menghargai penjelasan dia yang panjang lebar tu aku hanya mampu mengiya kan aje dan buat muka excited mcm aku betul-betul paham lah apa yang  dia explain tu. Hebat tak aku? Silap hari bulan aku dah boleh jadi pelakon perempuan terbaik Malaysia suatu hari nanti *genggam trofi* Almaklum lah, aku time tu tak pasang Astro Beyond lagi, so memang aku kuno tahap gila gaban. 

Lepas tu kan, aku tak tahu lah suratan atau kebetulan aku balik sekolah tengok ayah aku dah pasang Astro Beyond. Aku nampak diorang tukar piring Astro kat rumah aku. Then aku apa lagi time Running Man hari Jumaat , 6.30 petang aku menunggu dengan penuh keazaman yang jitu. Finally, aku dapat tengok Running Man aku dah kenal semua ahli Running Man. Tapi sedih sebab time tu Song Joong -Ki dah tak ada kat Running Man. Im late :(

From left: Giraffe, Sparta, Grasshopper, ACE, Flower Boy, Seok Jin, Pororo, Gary

K first time tengok aku mcm blur kejap. Okay diorang ada mission nak kena buat and my ketagihan aku kat Running Man bermula.Sampai tengok dekat internet bagai. Aku tengok dari first sampai habis asyik tergelak je. Tv tu pun kalau tengok aku pun boleh tergelak sekali. Tapi Running Man memang terbaik lah doh. Memang tak rugilah masa remaja aku tengok Running Man tiap-tiap Jumaat. Even my lil also like Running Man very much. Padahal dia mana layan sangat variety show Korea ni. See? Hebat tak hebat? Lol. Aku harap sangat Running Man buat dekat Malaysia. Aku sanggap datang weh ! Seriously *pegang sepanduk* And thanks to Najwa and Shahira sebab perkenalkan aku pasal Running Man ni. Kalau tak memang aku gali kubur sendiri sebab tak tahu pasal variety show ni. Lol, personafinakasi sungguh ayat wa

Bak kata Lisa Surihani dalam Maharaja Lawak Mega 2012 minggu lepas. Aku minat JOZAN !! *tetiba dan tak semena-mena*

"Laughing is the best medicine"

Nota kaki dan tangan: Aku paling suka Yoo Jae Suk dalam Running Man. He's damn funny doh ! 

4 comments:

cik beLLanan said...

i love monday couple ! hehehe

Zetty Zulkifli said...

Hihihi sama ! Suka tengok muka Gary yang calm tu lol

Sya Chot .. said...

ramai suka tgk cte ni..huhu

Zetty Zulkifli said...

even yang non-kpop pun suka lol