Monday, 7 January 2013

Pengalaman Pertama Bekerja


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah yang tercinta ini. Terima kasih ya Allah.

Okay, teruskan bercerita. Sekarang ni kan aku tengah menunggu result SPM kalau tak silap aku maybe bulan 3 kot dapat nanti. Gila hengkoooo tak berdebar. Hanya Allah je yang tahu betapa nebess nya diri ku yang lemah ini. Hahahah *ayat wa sangat tak boleh blah* So untuk menghilang kan rasa bosan tahap 360 darjah dekat rumah, aku telah pun memohon untuk bekerja dekat Kenanga Wholesale depan rumah aku tu. Aku malas nak kerja dekat Times Square or Pavillion sebab jauh, then kos pengangkutan lagi and mcm-mcm lagi la. So I decide to work at Kenanga Wholesale sebab dekat dengan rumah aku, lepas tu yang penting tak ada kos pengangkutan. Balik jalan kaki tak sampai 15 minit. MUAHAHAHA

So how my first experience ketika bekerja? Well, it's okay lah cuma hari pertama bekerja seriously awkward dan penat gila.Maklumlah, first time kerja kan, bila dah berdiri lama tu sumpah kepala lutut mcm nak tercabut tapi bila dah lama-lama tu okay  lah. So korang jangan risau eh. Kahkah. Tapi alhamdulillah, pekerja-pekerja kat situ semua okay-okay dan mesra-mesra orangnya kecuali adalah akak sorang tu. Wadehel ! Aku malas nak cakap, buat sakit hati. Janji dia tak kacau hal aku. Lu hal lu, wa hal wa. *tunjuk penumbuk*

Seriously talk, sepanjang aku jadi sale girl ni aku jumpa bermacam-macam ragam manusia. Ada customer yang okay, ada customer yang senang boleh go on, ada pulak tu customer yang mesra nak mampus cakap dengan aku mcm dah kenal lama then ada customer yang cerewet. Tapi aku anggap benda tu sebagai positif sebab aku tahu aku baru nak mengenal dunia dan aku anggap ini sebagai cabaran hidup luar. Yeah you know, life kat sekolah dengan life kat luar sangat berbeza okay. Aicecehhhh cakap mcm aku ni dah banyak pengalaman. Tapi yang paling best sekali, aku dapat jumpa customer dari luar negara and i can improve my english skills. Yang paling aku ingat sekali bila aku dapat sserve customer dari Seoul, Korea. And me was like, "Eh apahal diorang cakap Korea ni?" Then, bila aku tanya memang betul lah diorang dari Korea. Yayyy ! Excited noksss. Memang kulit diorang flawless gilaaaaa...... macam aku jugak hahahah *silakan muntah pelangi sekarang*.

Oh ye, pasal gaji okay lah. Cukuplah untuk aku seorang. Hahahaah.
Till we meet again, xoxo

From left: Kak Rini, Zetty yang cute tu, Kak Hani, Kak Nisa, Kak Siti and Kak Susi
P/s: I yang paling muda kat situ. Hahaha Stay young :-)

Sunday, 6 January 2013

Kehidupan Selepas Meninggalkan Alam Persekolahan


Assalamualaikum semua. Hawau you? Dah 2013 dah kita sekarang. Time flies so fast. Seriously. Hahaha k tatap sikit gambar kat bawah ni.

 Okay try guess which one is me? Hhihi x

Gambar kat atas ni adalah gambar semasa tahun 2012 me with Nadia and Chayu. Seriously aku malu nak mengaku ni tapi dengarlah wahai rakyat, I MISS SCHOOL LIFE ! No, jangan mintak aku ulang lagi ayat ni. Ego aku kalah. Hahaha sumpah ayat tak boleh blah. Dulu, masa form 5 tak sabar nak keluar sekolah konon malas nak bangun pagi then bersiap-siap, sebab banyak homework and paling malas sekali apa tau. Aku konfem semua budak memang malas nak buat benda ni setiap pagi hari Isnin. Yes ! Exactly, perhimpunan . Aku pun dulu menyampah gila nak masuk perhimpuan. Nak-nak bila kena nyanyi lagu sekolah, Satu Malaysia bagai. Sepanjang aku menyanyi lagu tu, sepanjang tu aku buka mulut seluas yang mungkin untuk menguap. Kalau diikutkan segerombolan ekor lalat pun boleh masuk. Hahaha. Sampai sekarang aku still ingat lagi, kalau hari Isnin, muka aku lah yang paling malas sekali nak pergi sekolah. Ya Allah, rindunya ~Memang dulu I hate Mondays, tapi kini tidak lagi ! FREEDOM !! Muahaha

Kalau dulu time masuk form 1, fresh junior perangai baik je. Malu-malu kucing serupa kucing jantan nak mengawan kucing betina. Ye lah malu kan, time tu baru masuk tapi hamek kau bila dah nak form 2 masing-masing tunjuk belang. Kemainn  hengkooo *ala-ala Azwan Ali* Hahaha.Tapi kan, maaf ada lagi tapi kat sini. Aku belum habis cerita lagi. You know what, bila kau dah habis sekolah kau akan rasa betapa lifeless gila life kau nanti. Seminggu boleh lah tahan kan, siang tidur malam berjaga tapi bila dah lama kau akan rasa macam WADEHELLL. Apa aku buat ni? Bingung kejap hahaha. Then, mulalah kau teringat balik life sekolah kau dulu mcm mana. Serious talk, itulah apa yang aku rasa sekarang. 

Aku rindu nak gila-gila dgn classmate aku
Aku rindu dgn cikgu-cikgu aku terutama cikgu Math aku, Cik Faezah *selalu kena marah dulu*
Aku rindu dengan mak cik kantin sekolah aku 
Aku rindu nak berebut makanan dengan kawan aku. *nama je sekolah perempuan tapi bila pasal makanan semua mcm ikan piranha, tak senonoh perangai*
Aku rindu suasana dalam kelas

Aku rindu semuanya kecuali HOMEWORK. Yang itu langsung aku tak rindu,  teringat pun tak pernah. Sebenarnya, aku nak cerita banyak lagi tapi kalau cerita sampai esok pagi pun belum tentu habis lagi. It's okay, sekarang aku dah dewasa *aicecehhh* so life must go on. Sementara aku tunggu result SPM, sekarang aku kerja kat Kenanga Wholecity as sale girl. I'll tell you more about that later ! Insha allah ~ 

                   Nama je librarian, tapi baca bukunya pemalam level 69 
Till we meet again, xoxo                                          

Im back and Hello 2013 !!





Assalamualaikum semua. Akhirnya, aku kembali semula untuk menghapdate blog aku yang dah uzur dah memerlukan pemerhatian yang secukupnya dari aku.
 Omg akward gila okay nak update blog balik setelah sekian lama aku tak menghupdate blog. And, aku tahu korang boleh merasa betapa akward nya post ini. Hahaha k hambar level 69. Oh sebelum aku nak membebel lagi panjang, i guess tak terlambar lagi untuk aku mengucapkan Happy New Year 2013 !!!!
'
Hari ni adalah hari Ahad dan minggu yang pertama untuk 2013. Nothing much I can say, everything is normal dan hari aku berjalan dengan lancar. Semoga tahun 2013 ni aku mampu mengharungi segala cabaran dengan lebih kuat dan tabah. And one more thing, may 2013 is much better than 2012. Okay lah cukup sampai sini dulu pembukaan cerita 2013 aku. I'll hapdate more after this. Insha Allah.

HAPPY NEW YEAR GUYSSSSS !!!

Walaupun hakikatnya sekarang dah 7 January 2013. Lol 

Saturday, 2 June 2012

Super Spontan

Phewww, cuaca sekarang panas gila kot. Kalau dapat minum air tembikai pon okay jugak. Baru panas dekat dunia, kita dah mengomel macam mana pulak panas dekat akhirat. Lu fikir lah sendiri ! Hahaha Assalamualakum to all my followers and reader out there. Hawau you today? Harap baik-baik je k sempena cuti sekolah ni. Tak ada yang patah tangan or patah whatever lah. Sayangi diri sendiri k. K sumpah aku dah melalut jauh gila. Okay straight to le point...

Super Spontan pon sudah melabuhkan tirainya malam semalam. And you know the winner is Zizann!! Hahaha Okay my favourite Malay male artist. Sebenarnya aku nak ucapkan tahniah dekat pengasas Super Spontan. Siapa eh pengasas dia? Afdlin Shauki ke? Hm tak kisah lah tapi aku memang respect lah sebab ye lah semua dalam spontan. Kau hado ? Hahaha kalau kita buat spontan orang gelak tak apa, cuba orang tak gelak mahu terkencing diorang Hahaha. Not for Zizan too, nak congrate untuk Johan, Rahim, Suhaimi, Tauke dan semua peserta Super Spontan lah! Korang memang le best. Siapa-siapa yang tak tengok lagi final Super Spontan korang boleh tengok dekat youtube. Aku rasa mungkin dah keluar kot dekat youtube. Memang kelakar habis
Kalau korang tengah tension-tension sebab bergaduh dengan korang punya kapel ke, homeworks buat tak habis-habis lagi haaaa wajib lah pergi tengok Hahaha

:D

P/S: Bila aku boleh dapat jumpa abang Zizan in real life? Hahaha Forever Jozan !!

Friday, 1 June 2012

MEN IN BLACK III

''Mohon tengok cerita ini''

Assalamualaikum to all my readers out there. Rasa macam dah lama je tak update blog kan? Okay, sebab kan lama sangat dah tak update blog, Zetty nak tulis banyak-banyak kat sini. *macam lah banyak sangat*. Hahaha. Hari ni Zetty nak update pasal cerita Men In Black III. Aku sarankan kepada siapa yang tak tak tengok lagi better tengok cepat!!! Sumpah aku cakap awesomee gila wei ! Hahaha.
Hari Rabu hari tu, me and my friends tengok MIB III atas desakan aku sendiri. Hihi. Memang ramai dah kenalan aku cakap cerita tu best, so diorang suggest dekat aku suruh tengok cerita tu. Hihii. Tapi kan, memang dari segi cerita orang putih ni memang aku puji lah sebab CGI diorang perghh memang dah tahap terbaik daripada negara kita, Malaysia. Mungkin teknologi mereka lagi hebat dari kita tapi tak salah kalau kita cuba? Hihihi.
Over all cerita MIB III tu layak lah aku bagi 5stars. Haaa kalau korang macam mana pulak? Dah tengok ke belum? Kalau belum pergi serbu cepat dekat wayang yang berdekatan dengan rumah anda ! :D
Okay pic seround untuk korang :D


Aku lah yang ditengah-tengah tu? Lawa? Aku tahuuu. Hahaha