Tuesday, 29 May 2012

Tak perlu obses sangat...

Assalamualaikum to all my readers out there. Hari ni hujan kat tempat Zetty. Alhamdulilah hujan tu kan tanda rahmat. Hihihi. Hari ni nak keluar pergi tengok MIB III dekat Times Square tu je haa. Rata-rata rama cakap certia tu memang VULAWEEEEIII~ Hahahaha. Tapi sebelum nak pergi, meh kita update blog dulu yerrr.

''Sorry sorry bla bla bla''

''If i was your boyfriend ~''

''Baby you light up my world ~''

Mohon tengok gambr-gambar di atas. Rasa-rasa korang, korang kenal tak siapa mereka tu? Kalau tak kenal memang korang ni bukan dari Malaysia even haters sejati mereka pon kenal diorang ni siapa. Kannnn? So aku rasa tak perlulah aku nak kenalkan lagi sebab mereka memang dah fofular di seantero dunia. Hahaha. 
Bagi aku tak salah pon kita nak minat Kpop, One Direction or Justin Bieber. Even Bangla Pop. Tu minat diorang kan. Lantak pi lah sama depa *hamek slang Kedah dah keluar* Hahaha Tapi satu je lah yang aku tak berkenan. Peminat diorang. Peminat diorang yang terlalu fanatik sampai kan bila kita kritik sikit artis tu, pergghh aku cakap diorang bash balik kat kita, memang gila punya ! Hahaha. Tapi tu yang fanatik. Kalau biasa-biasa, mereka cool je. Aku sukaa hihihi. Okay berbalik kepada fan yang terlalu obses dengan artis,sometimes aku terfikir kalau diorang back up gila-gila punya pon kau rasa artis tu nak bagi award ke kat diorang. Aku rasa macam tak, tapi tak tahulah kalau mereka kan. Hiiihi *gelak sindir*

Sebenarnya tak perlu lah obses sampai macam tu sekali sampai ada yang bergaduh sesama sendiri semata-mata nak defend artis diorang. Musnah silaturrahim woi. Hahaha. Lagi satu, kalau tengok dekat Twitter sampai hari-hari naik trending benda yang sama. Gentle aku rimas. Ye aku tahu tak salah tapi agak-agak lah sikit jangan sampai orang lain nak menyampah tengok gelagat korang.
Ini hanya pendapat saya. Please correct me if im wrong :D
Sokonglah artis Malaysia kita !! *tetiba*

Favourite Song Sepanjang Zaman

Assalamualaikum semua. Hawau you my followers? Rasa tertekan pulak buat kerja kursus account tadi. Ni yang nak release tension, sambil buat kerja tu, kita update blog meh. Hihih Everyone love music. Ye itu sudah semestinya. Even aku pon suka music. Tapi korang pernah tersedar tak, that moment bila kita dengar music secara automatik kita akan terus teringat dekat orang tu, dekat si ''ehem ehem'', then lagu tu kadang-kadang boleh buat kita happy and kadang-kadang boleh buat kita sedih tanpa sedar. Ke aku sorang je yang sedar tentang ni? Hahahaha *tiba-tiba rasa macam tak ada orang kisah* LOL. Walaupon sekarang ni kita di tahun 2012 tapi entah lah setiap kali aku dengar lagu ni mesti aku tetiba rasa jiwang-jiwang sekejap Hahahah Aku bagi korang korus dia jelah, mesti korang dapat tangkap punya Hihi.

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


Haa macam mana tau kan tu lagu apa? Kalau korang tanya sebab, aku rasa maybe sebab lagu ni sangat sweet kot lepas tu pasal memori-memori tentang kau dan aku. Awww so sweet Hahaha
I hope that mu future husband nyanyikan lagu ni untuk I. Aloloo *berangan* Hahahaa











Single VS Couple :D

Tak tahu kenapa tapi dua tiga hari ini ramai pulak tanya soalan dekat aku. Rasa macam diri ni retis pula *bajet gila pulak haa aku ni* Okay kita teruskan. Kadang-kadang aku tanya jugak soalan ini dekat diri aku. Tapi diorang dah tanya. Nak tahu soalan-soalan dia macam mana. Kemungkinan besar mereka-mereka ini boleh menggantikan Kiah Propa pada satu hari nanti Hahaha k *lawak hambar*
Soalannyaa....

  1. ''Zetty, kenapa kau single?''
  2. ''Eh kau berdua ke ataupon still single lagi''
  3. ''Kau tak nak couple ke ''
Sebelum aku menjawab tu, thanks ye u olss sebab tanya soalan ni kat aku. Tu tandanya korang take care dekat aku. Hahaha Aku anggap benda tu positif lah kan. Dalam hidup ni, memang Allah ciptakan kita berpasang-pasangan *Eh betul ke ayat aku* Ada lelaki dan ada perempuan. Siapalah tak nak merasa dicintai dan mencintai weh? Aku pon nak even pondan-pondan ingin dicintai tau. Hahaha Tapi aku still not ready lah. Lagipon aku baru 17tahun tau. SPM pon tak lepas. Subjek pon banyak fail. Tapi aku tahu mesti diorang akan cakap ''Bosannya life kau'', ''Pandai-pandai lah bahagi kan masa nanti''  Tak semestinya kalau dah couple, hidup ni akan sentiasa happy, kadang-kadang mesti ada rasa sakit hati kan? Hahaha Still aku tak kisah pon orang luar nak cakap apa. Memang single ni kadang-kadang lonelylah tapi i have my family, my awesome friends and the most important is I have Allah beside me :D. Insyaallah, kalau ada jodoh tak kemana . Aicecehhhhhhhh *padahal baru 17tahun ni woi !* Hahahaha

Tapi kepada yang masih couple tu, keep it up guys !! Jaga relationship korang baik-baik k. Zetty always support u olls Hahahaah And tak lupa juga kepada yang baru break up tu jangan lah putus asa. Cuma korang belum jumpa lagi the best dari sebelumnya. Teruskan hidup, jangan pulak bunuh diri. BERDOSA BESAR. Hihih


Monday, 28 May 2012

Rilekslahhh...

Assalamualaikum semua. Tadi jalan-jalan dekat muka buku kejap. Saja jalan maklum lah lama sangat dah tak bukak. Sekarang ni kan asyik layan Twitter and Blog. Blog ni pon sebenarnya baru nak berjinak-jinak Hhihi. Tiba-tiba tengah syiokk scroll down home dekat Muka Buku tiba-tiba mata aku ni tertancap pulak dekat seorang minah yang aku rasa boleh tahan lawa tapi hmmm status-status dia semua maki-maki orang. Gentle aku cakap aku tak paham lah dengan perangai orang macam ni. Motif kau nak maki-maki ni kenapa? Awak tu dah lah perempuan. Jagalah tatasusila dan adab kita sebagai perempuan. Jangan sampai orang luar cakap '' Haihh nama je perempuan, muka dah ayu tapi bahasa macam .......'' Paham-paham sendiri je lah. Aku rasa tak salah kalau kita nak cakap baik-baik. Lagipon Facebook tu kan public, semua orang boleh baca. Kalau nak maki boleh , maki dalam hati. Haaa kau maki lah puas-puas Hahahaha

Tapi bagi aku, kalau aku marah dekat orang tu akan terus terang and speak slowly lah dengan dia. Tak pun aku perli dia dekat Twitter ke Facebook ke. Biar dia terasa sendiri. Muaahaha padan muka kau. Tapi tak perlulah nak maki-maki sampai keluar perkataan yang aku rasa tak perlulah aku nak tulis dekat sini. Kita kan perempuan. Perempuan ini manis, ayu dan lembut *macam aku kan* Hahahahaah
So stay cool, stay chill k 

School Holidays

Assalamualaikum semua. Thank you lah kepada yang sudi singgah di blog saya ini. Maklum lah blog baru kan. Hhahaa. By the way, cuti sekolah pon dah start. Seriously sebelum dah start cuti aku rasa macam ''Wahh dah tak sabar nak cuti, cepat lah cuti aku dah malas gila nak sekolah'' Hahaha nampak tak tahap malas aku level berapa. Tapi bila dah start cuti tak sampai dua hari aku dah macam '' Apa yang aku buat ini?'' Tanya diri sendiri. Seriously aku dah macam tak ada life sekarang Hahaha Sodehhh ! K macam biasa, aku kan pelajar yang akan mengambil SPM tahun 2012, mestilah cikgu akan bagi banyak gila homework tapi aku rasa macam berterima kasih dekat cikgu sebab bagi hw tapi aku tahu mesti tak akan siap punya. Ya Allah, apa jenis kategorilah malas aku ni -___- . Sempena cuti sekolah ni jugak, cikgu-cikgu sekolah aku rajin gila nak buat kelas tambahan untuk kitorang tapi tu lah murid-murid pulak yang malas nak pergi *macam aku * Hihihi

So secara tuntasnya, tolonglah manfaatkan cuti dua minggu ini betul-betul ye adik-adik *bajet macam aku dah besar sangat* Buat semua homework yang cikgu bagi and rajin-rajin lah tolong mak masak dekat dapur hehehe

P/s: Tak sabar nak tengok MIB 3 esok dekat Times Square. Yahoo !