Saturday, 2 June 2012

Super Spontan

Phewww, cuaca sekarang panas gila kot. Kalau dapat minum air tembikai pon okay jugak. Baru panas dekat dunia, kita dah mengomel macam mana pulak panas dekat akhirat. Lu fikir lah sendiri ! Hahaha Assalamualakum to all my followers and reader out there. Hawau you today? Harap baik-baik je k sempena cuti sekolah ni. Tak ada yang patah tangan or patah whatever lah. Sayangi diri sendiri k. K sumpah aku dah melalut jauh gila. Okay straight to le point...

Super Spontan pon sudah melabuhkan tirainya malam semalam. And you know the winner is Zizann!! Hahaha Okay my favourite Malay male artist. Sebenarnya aku nak ucapkan tahniah dekat pengasas Super Spontan. Siapa eh pengasas dia? Afdlin Shauki ke? Hm tak kisah lah tapi aku memang respect lah sebab ye lah semua dalam spontan. Kau hado ? Hahaha kalau kita buat spontan orang gelak tak apa, cuba orang tak gelak mahu terkencing diorang Hahaha. Not for Zizan too, nak congrate untuk Johan, Rahim, Suhaimi, Tauke dan semua peserta Super Spontan lah! Korang memang le best. Siapa-siapa yang tak tengok lagi final Super Spontan korang boleh tengok dekat youtube. Aku rasa mungkin dah keluar kot dekat youtube. Memang kelakar habis
Kalau korang tengah tension-tension sebab bergaduh dengan korang punya kapel ke, homeworks buat tak habis-habis lagi haaaa wajib lah pergi tengok Hahaha

:D

P/S: Bila aku boleh dapat jumpa abang Zizan in real life? Hahaha Forever Jozan !!

Friday, 1 June 2012

MEN IN BLACK III

''Mohon tengok cerita ini''

Assalamualaikum to all my readers out there. Rasa macam dah lama je tak update blog kan? Okay, sebab kan lama sangat dah tak update blog, Zetty nak tulis banyak-banyak kat sini. *macam lah banyak sangat*. Hahaha. Hari ni Zetty nak update pasal cerita Men In Black III. Aku sarankan kepada siapa yang tak tak tengok lagi better tengok cepat!!! Sumpah aku cakap awesomee gila wei ! Hahaha.
Hari Rabu hari tu, me and my friends tengok MIB III atas desakan aku sendiri. Hihi. Memang ramai dah kenalan aku cakap cerita tu best, so diorang suggest dekat aku suruh tengok cerita tu. Hihii. Tapi kan, memang dari segi cerita orang putih ni memang aku puji lah sebab CGI diorang perghh memang dah tahap terbaik daripada negara kita, Malaysia. Mungkin teknologi mereka lagi hebat dari kita tapi tak salah kalau kita cuba? Hihihi.
Over all cerita MIB III tu layak lah aku bagi 5stars. Haaa kalau korang macam mana pulak? Dah tengok ke belum? Kalau belum pergi serbu cepat dekat wayang yang berdekatan dengan rumah anda ! :D
Okay pic seround untuk korang :D


Aku lah yang ditengah-tengah tu? Lawa? Aku tahuuu. Hahaha 

Tuesday, 29 May 2012

Tak perlu obses sangat...

Assalamualaikum to all my readers out there. Hari ni hujan kat tempat Zetty. Alhamdulilah hujan tu kan tanda rahmat. Hihihi. Hari ni nak keluar pergi tengok MIB III dekat Times Square tu je haa. Rata-rata rama cakap certia tu memang VULAWEEEEIII~ Hahahaha. Tapi sebelum nak pergi, meh kita update blog dulu yerrr.

''Sorry sorry bla bla bla''

''If i was your boyfriend ~''

''Baby you light up my world ~''

Mohon tengok gambr-gambar di atas. Rasa-rasa korang, korang kenal tak siapa mereka tu? Kalau tak kenal memang korang ni bukan dari Malaysia even haters sejati mereka pon kenal diorang ni siapa. Kannnn? So aku rasa tak perlulah aku nak kenalkan lagi sebab mereka memang dah fofular di seantero dunia. Hahaha. 
Bagi aku tak salah pon kita nak minat Kpop, One Direction or Justin Bieber. Even Bangla Pop. Tu minat diorang kan. Lantak pi lah sama depa *hamek slang Kedah dah keluar* Hahaha Tapi satu je lah yang aku tak berkenan. Peminat diorang. Peminat diorang yang terlalu fanatik sampai kan bila kita kritik sikit artis tu, pergghh aku cakap diorang bash balik kat kita, memang gila punya ! Hahaha. Tapi tu yang fanatik. Kalau biasa-biasa, mereka cool je. Aku sukaa hihihi. Okay berbalik kepada fan yang terlalu obses dengan artis,sometimes aku terfikir kalau diorang back up gila-gila punya pon kau rasa artis tu nak bagi award ke kat diorang. Aku rasa macam tak, tapi tak tahulah kalau mereka kan. Hiiihi *gelak sindir*

Sebenarnya tak perlu lah obses sampai macam tu sekali sampai ada yang bergaduh sesama sendiri semata-mata nak defend artis diorang. Musnah silaturrahim woi. Hahaha. Lagi satu, kalau tengok dekat Twitter sampai hari-hari naik trending benda yang sama. Gentle aku rimas. Ye aku tahu tak salah tapi agak-agak lah sikit jangan sampai orang lain nak menyampah tengok gelagat korang.
Ini hanya pendapat saya. Please correct me if im wrong :D
Sokonglah artis Malaysia kita !! *tetiba*

Favourite Song Sepanjang Zaman

Assalamualaikum semua. Hawau you my followers? Rasa tertekan pulak buat kerja kursus account tadi. Ni yang nak release tension, sambil buat kerja tu, kita update blog meh. Hihih Everyone love music. Ye itu sudah semestinya. Even aku pon suka music. Tapi korang pernah tersedar tak, that moment bila kita dengar music secara automatik kita akan terus teringat dekat orang tu, dekat si ''ehem ehem'', then lagu tu kadang-kadang boleh buat kita happy and kadang-kadang boleh buat kita sedih tanpa sedar. Ke aku sorang je yang sedar tentang ni? Hahahaha *tiba-tiba rasa macam tak ada orang kisah* LOL. Walaupon sekarang ni kita di tahun 2012 tapi entah lah setiap kali aku dengar lagu ni mesti aku tetiba rasa jiwang-jiwang sekejap Hahahah Aku bagi korang korus dia jelah, mesti korang dapat tangkap punya Hihi.

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


Haa macam mana tau kan tu lagu apa? Kalau korang tanya sebab, aku rasa maybe sebab lagu ni sangat sweet kot lepas tu pasal memori-memori tentang kau dan aku. Awww so sweet Hahaha
I hope that mu future husband nyanyikan lagu ni untuk I. Aloloo *berangan* Hahahaa











Single VS Couple :D

Tak tahu kenapa tapi dua tiga hari ini ramai pulak tanya soalan dekat aku. Rasa macam diri ni retis pula *bajet gila pulak haa aku ni* Okay kita teruskan. Kadang-kadang aku tanya jugak soalan ini dekat diri aku. Tapi diorang dah tanya. Nak tahu soalan-soalan dia macam mana. Kemungkinan besar mereka-mereka ini boleh menggantikan Kiah Propa pada satu hari nanti Hahaha k *lawak hambar*
Soalannyaa....

  1. ''Zetty, kenapa kau single?''
  2. ''Eh kau berdua ke ataupon still single lagi''
  3. ''Kau tak nak couple ke ''
Sebelum aku menjawab tu, thanks ye u olss sebab tanya soalan ni kat aku. Tu tandanya korang take care dekat aku. Hahaha Aku anggap benda tu positif lah kan. Dalam hidup ni, memang Allah ciptakan kita berpasang-pasangan *Eh betul ke ayat aku* Ada lelaki dan ada perempuan. Siapalah tak nak merasa dicintai dan mencintai weh? Aku pon nak even pondan-pondan ingin dicintai tau. Hahaha Tapi aku still not ready lah. Lagipon aku baru 17tahun tau. SPM pon tak lepas. Subjek pon banyak fail. Tapi aku tahu mesti diorang akan cakap ''Bosannya life kau'', ''Pandai-pandai lah bahagi kan masa nanti''  Tak semestinya kalau dah couple, hidup ni akan sentiasa happy, kadang-kadang mesti ada rasa sakit hati kan? Hahaha Still aku tak kisah pon orang luar nak cakap apa. Memang single ni kadang-kadang lonelylah tapi i have my family, my awesome friends and the most important is I have Allah beside me :D. Insyaallah, kalau ada jodoh tak kemana . Aicecehhhhhhhh *padahal baru 17tahun ni woi !* Hahahaha

Tapi kepada yang masih couple tu, keep it up guys !! Jaga relationship korang baik-baik k. Zetty always support u olls Hahahaah And tak lupa juga kepada yang baru break up tu jangan lah putus asa. Cuma korang belum jumpa lagi the best dari sebelumnya. Teruskan hidup, jangan pulak bunuh diri. BERDOSA BESAR. Hihih