Saturday, 19 January 2013

Seram nih !


Hola holi cikebung cikebang cikebeng, Zetty di sini. Assalamualaikum semua. K sebagaimana yang di sedia maklum, semalam kat Twitter havoc gila kot pasal UiTM Lendu sampai naik trending yang kononnya berhantu, banyak kes rasuk dan pukau. Mula-mula aku macam aneh lah, Lendu ni kat mana doh? Hahaha teghukk tak aku? Rupanya-rupanya kat Melaka. Then aku tekan link keluar lak pasal satu post yang berkenaan pasal UiTM Lendu ni tajuk post Day Eighteen by Ruzanna one of student UiTM Lendu. *correct me if im wrong* . Mula-mula baca memang seram gila sampai aku pun naik remang bulu tengkuk baca, tapi ada orang kata cerita tu palsu. Entah aku pun tak tahu mana satu yang betul. Lantak lahh, benda tu pun ciptaan Allah jugak. Tapi yang aku musyil lah kan, hantu tu siap buat nota kaki lagi. Rasa macam omagadd tak masuk akal kot. Bagi aku lah kan maybe ada orang lain kot yang try nak dajal kan uitm tu. Mana lah tahu kan, bukan nak tuduh-menuduh tapi ini just pendapat aku. Ye ah hantu siap buat nota, masuk akal ke der? I dont know whether that story is true or false but when I read that post, Im freaking creepy. Seriously.

K tak payah-payah pening serabutkan kepala otak anda yang dah memang serabut tu, but I just wanna said one thing. Benda-benda ghaib ni memang wujud dan kita wajib percaya sebab benda tu makhluk ciptaan ALLAH. Kita tak boleh menafikan and tak boleh cakap besar kononnya kau ni memang tak takut lah, memang tak caya lah, benda tu karut lah. Ingat, jangan takbur. Allah tak suka orang yang takbur, buatnya benda tu jadi kat kau macam mana? Fikir sendiri lah, sendiri mau ingat. Tak payah cakap kat Lendu tu, dekat semua tempat ada cuma beza kita nampak atau tak nampak. Ada orang mempunyai kebolehan yang boleh nampak benda-benda macam tu. Kat kampung aku pun berlambak benda tu. Cuma alhamdullillah, sampai sekarang aku tak pernah nampak. Kalau boleh aku tak nak nampak dan tak nak di nampak. Hahaha. Apa-apa hal, ingat lah pada Allah yang satu, sesungguhnya Dia Maha Berkuasa. Banyakkan bersolat dan berdoa.
Ni kau solat pun tak cukup, macam mana kau nak mintak Allah lindungi kau. Tapi Allah tu maha Penyayang dan Maha Pengampun. I know im not perfect sebab mana ada manusia dalam ni yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan :-)

Pendek je kan post aku kali ni? Malas nak tulis panjang-panjang sebab bulu tengkuk aku meremang sambil menaip keyboard ni haa. Seram sejuk. K Assalamualaikum hahahaha

Le Moment


Hola holi cikebung cikebung, Zetty di sini. Hahaha macam pernah dengar je intro gua ni kan. Ini semua poyo ! K sumpah tak ada kena mengena. Lama gila aku tak update blog kan? *tanya macam ada orang kisah* Hashtag- Sadlyfe hahaha. Okay disebabkan berukband Celcom aku dah lama tak topap so that's why blog aku dah lama tergendala. So dont worry, KEPADA SEMUA YANG DAH FOLLOW AKU TU, KORANG JANGAN RISAU AKU AKAN FOLLOW BACK KORANG PUNYA SEBAB AKU MEMANG JENIS FOLLOW BACK ORANG *perlu ke CAPS LOCK? Macam orang tak boleh baca* Suka hati kiteww ah. So korang boleh tinggal jejak kasih korang dekat Shoutbox aku tu hihihi. Kalau aku tak follow korang balik tu, maknanya berukband tak topap lagi atau tenet lembab nak meninggal, so aku malas nak tunggu then aku terus tekan butang pangkah. Hahaha KEJAM

Sebenarnya aku banyak benda gila nak luahkan kat blog aku ni, tapi tu lah kan disebabkan penyakit MALAS semakin menebal dalam diri ni, so aku choose one of the best. Best ke? Hahaha. Abaikan.

Tanggal berapa entah tak ingat bersamaan hari Isnin minggu lepas, hari yang paling aku tunggu iaitu keluar dengan my gegerlllzzzz u olls~ K korang cer banyang kan eh last kitorang jumpa hari tu time last Espiyemmm iaitu 6 Disember 2012 lepas tu langsung dah tak jumpa. Sumpah aku cakap aku rindu bangeeettt dengan diorang. Aku mengaku kitorang memang rapat kat sekolah, kalau dah gelak mohon ampun lah. Memang kitorang semua dah tak sedar diri. Nasib baik semua sekolah perempuan, kalau sekolah campur mesti orang tak nak buat girlfriend kitorang ni hahaha

Pukul 12.30 tu time aku dah hampir bersiap-siap, Affiqah dah mesej aku "Weh aku dah sampai LRT Hang Tuah tau" Aku macam alamak apahal awal sangat doh dia ni? Hahaha im not ready yet, tudung pun still senget the benget. Perempuan so kena lah ayu sikit kan. Hahahahahalk tuih ! Di sini saya ingin mengaku bahawasanya aku ni memang jenis lambat, so kalau orang nak tunggu aku, aku suruh dia pergi dulu. Hahaha Memang memerlukan kesabaran yang cukup kalau nak tunggu aku ni. Buruk perangai doh. Then tetiba Razila lak sampai rumah aku dengan mengejut. Dah lah aku text tak nak reply, tahu-tahu dah terpacak depan rumah aku nak gerak sama dengan aku. Aku pun no hal lah kan, ada jugak teman hahaha Then time otw dah jalan nak ke LRT Hang Tuah tu, aku tanya Razila

Aku: Apa cer si Affiqah ni? Lama kot dia tunggu kita 
Raz: Lantak ah 
Masing-masing gelak tak ingat dunia. Kejamm hengkooo 

Lepas tu, dah jumpa Affiqah dekat LRT. Masing-masing semua dah macam "OMAAGAADD APAHAL GEMOK SANGAT KAU NI " Hahahha selalunya soalan cliche akan dibalas dengan jawapan yang sangat dan teramat cliche "BAHAGIA~" Muntah pelangi 7 warna doh aku dengar hahaha. Borak punya borak, finally Rosila pun sampai. Aku pun mcm kau ni tak boleh lambat lagi ke? Aku ingat aku sorang je yang paling lambat hahaha Memasing perangai tak boleh blah then Rosila boleh balas pertanyaan aku tu dengan muka dia yang dah already blur dengan muka sambal tempe 

Rosila: Nasib baik rumah aku ada air tau, kalau tak memang aku tak dapat keluar dgn korang

Hahaha sumpah jawapan kau tak ada kena mengena.Lepas dah semua berkumpul kat LRT tu kitorang pun jalan menuju ke TS. Aku tanya mereka ni Yumi mana doh? Asal dia lambat sangat? Yumi. You know her but not her story. Dia ni lah manusia paling kelakar, kejam pun ye gak tapi jangan main-main k. Budak smart kot hahaha. Dia lah perangai yang paling diva, kalah Siti Nurhaliza hahaha. Lepas tu mereka jawab, Yumi lambat sikit sebab baru bangun tidur. Haaaaa diva sangat kan? hahaha

Lepas semua orang dah berkumpul tu, aktiviti utama MENGHANJENGG. Masing-masing tak sah kalau tak menghanjeng sesama sendiri. Ada je benda yang nak di-hanjeng-kan. Macam hancing kan perangai. Maklumlah lama tak jumpa, masing-masing sekarang dah busy. Ada yang kerja, ada yang amek lesen. Nanti bila dah sembung belajar, lagi susah nak jumpa kot kawan-kawan sekolah kita dulu. Betul dok akak-akak dan abang-abang sekalian? Hahaha Mula-mula kitorang ingat nak tengok wayang, tapi citer semua bosan ! Tak ada citer yang best, kalau best pun kena tunggu next time. Alahai malas aku. Then kitorang decide nak main bowling and shopping kejap. Hiihi well girlzz~ Biasalah shopping tu Lol Lepas tu pergi photo booth dekat tingkat 6 yang mcm alahai entah lah tak tau acano aku nak explain. Lepas habis semua tu, kitorang lepak kat food court then berkongsi cerita. Masing-masing gelak tak boleh blah sampai ada mak cik cleaner Indon cakap apa tau " Waah banyak happy ye adik hari ni" Kitorang hanya mampu tesenyum simpul terikat mati je kat mak cik tu hihihihi :-)




Seriously, I really miss our moment together. We laughing together, snap picture together and enjoy together. Seriously I really miss it. I hope we'll meet again even kita semua dah kahwin dan beranak-pinak.And enjoy together
Ura-ura next month kalau ada rezeki nak pergi skating dekat Sunway. Insha-Allah, semoga urusan semua dipermudahkan Allah :-)

Till we meet again, xoxo


Wednesday, 9 January 2013

Reonning Man


Eh apasal aku spelling Running Man lain macam je tu? Hahaha for those yang tak tahu tu,meh aku nak bagi tahu sikit Korean people kalau sebut Running Man macam ni tau.. Read my lip eh muncung kan mulut anda seperti Nur Feetri sambil menyebut "REONNING MAN". Sesiapa yang tak tahu pasal Running Man tu, mohon gali kubur sendiri.Aku malas nak explain panjang lebar so korang boleh click sini. Then type sendiri. Aku dah tolong bagi link dah kira bagus. Hahahahha  :p Malas aku nak explain panjang lebar. Maybe aku ni agak lame sikit sebab aku sebenarnya baru tahu pasal Running sejak dari tahun lepas. Maybe pertengahan bulan kot. Cerita segala-galanya bermula apabila aku, Najwa dan Shahira duduk satu geng dalam kelas dan berbual-bual. Maklum lah, masa tu kan tak ada cikgu then kitorang masih tak sedar dan masih bermimpi lagi yang SPM ni lambat lagi,seriously aku cakap time dah bulan 10 tu baru kesedaran tu datang sikit demi sikit.Gila kan kitorang ni. Enjoy je lebih. K teruskan....

Najwa: Shahira, rumah awak ada Astro Beyond kan? Tengok Running Man. Kelakar gila
kan?
Shahira:Haah ada
Najwa:Awak tengok tak pasal eps yg kat Thailand tu 
Shahira: Hahaha *gelak mcm setan* Kelakar gila kan episod tu 
Aku : *Pandang mereka dan WADEHELLL. Amende diorang membebel ni*

Lepas tu aku dah start usha sleng kat makhluk dua ekor ni. Sumpah aku tak faham amende yang dia cakap ni. Dah mcm rupa alien tengah bercakap dua orang dan aku kat tengah-tengah. Then aku tanya Najwa macam-macam soalan berkaitan dengan Running Man tu. Aku dah rupa macam Nas dalam segmen Terjah cuma penampilan je berbeza. Dia freehair, aku bertudung. Hahahah k hambar tahap nak hantok kepala kat dinding* Lantok ! Yang penting aku nak tahu hahah Pasal pelajaran tak nak pulak kau tahu. Maaf sila abaikan statement tadi.

Aku: Amende doh Running Man?

Then, Najwa pun membalas pertanyaan aku dengan panjangnya dah serupa macam jalan kerja Add Math. Padahal soalan aku pendek je, jawapan dia dah boleh mengalahkan kamus Dewan edisi ke-3. Lepas tu dia terangkan lah kat aku pasal Running Man, ahli-ahli dia semua and yang part yang tak boleh blah dia siap lukis lagi ahli-ahli Running Man semua.Lukis orang lidi pun boleh cuma ketebalan line je yang berbeza. Kalau orang lidi dia tu pekat semacam, tu adalah Jong Kook. Hahaha kelakar pulak bila pikirkan balik. Lol Time dia cerita tu sepatah aku tak paham, so aku nak sedapkan hati dia dan menghargai penjelasan dia yang panjang lebar tu aku hanya mampu mengiya kan aje dan buat muka excited mcm aku betul-betul paham lah apa yang  dia explain tu. Hebat tak aku? Silap hari bulan aku dah boleh jadi pelakon perempuan terbaik Malaysia suatu hari nanti *genggam trofi* Almaklum lah, aku time tu tak pasang Astro Beyond lagi, so memang aku kuno tahap gila gaban. 

Lepas tu kan, aku tak tahu lah suratan atau kebetulan aku balik sekolah tengok ayah aku dah pasang Astro Beyond. Aku nampak diorang tukar piring Astro kat rumah aku. Then aku apa lagi time Running Man hari Jumaat , 6.30 petang aku menunggu dengan penuh keazaman yang jitu. Finally, aku dapat tengok Running Man aku dah kenal semua ahli Running Man. Tapi sedih sebab time tu Song Joong -Ki dah tak ada kat Running Man. Im late :(

From left: Giraffe, Sparta, Grasshopper, ACE, Flower Boy, Seok Jin, Pororo, Gary

K first time tengok aku mcm blur kejap. Okay diorang ada mission nak kena buat and my ketagihan aku kat Running Man bermula.Sampai tengok dekat internet bagai. Aku tengok dari first sampai habis asyik tergelak je. Tv tu pun kalau tengok aku pun boleh tergelak sekali. Tapi Running Man memang terbaik lah doh. Memang tak rugilah masa remaja aku tengok Running Man tiap-tiap Jumaat. Even my lil also like Running Man very much. Padahal dia mana layan sangat variety show Korea ni. See? Hebat tak hebat? Lol. Aku harap sangat Running Man buat dekat Malaysia. Aku sanggap datang weh ! Seriously *pegang sepanduk* And thanks to Najwa and Shahira sebab perkenalkan aku pasal Running Man ni. Kalau tak memang aku gali kubur sendiri sebab tak tahu pasal variety show ni. Lol, personafinakasi sungguh ayat wa

Bak kata Lisa Surihani dalam Maharaja Lawak Mega 2012 minggu lepas. Aku minat JOZAN !! *tetiba dan tak semena-mena*

"Laughing is the best medicine"

Nota kaki dan tangan: Aku paling suka Yoo Jae Suk dalam Running Man. He's damn funny doh ! 

Tuesday, 8 January 2013

Ah Pedih


Hahaha okay  ayat pertama korang mesti macam ni kan bila baca tajuk post terbaru aku ni.

"Bapak tak boleh blah tajuk dia ni"
"Ewwwww"
"Nak muntah pelangi"

Lantak lah korang nak cakap apa pasal tajuk aku, aku tak kisah langsung. Kalau tak nak baca tu ha butang pangkah dah boleh click rasanya. Amboi Zetty, first mukadimah kau dah kemain menghalau orang. Lek ah doh, get Lipton Ice Tea what? Haahaha k sumpah hambar. Mari teruskan bercerita. Okay sebelum tu Assalamualaikum semua. Hari ni mood aku agak macam kelaut sikit. Almaklumlah kan, bila ada benda yang kita tak suka jadi mesti kita rasa WADEPAK doh?!! Apa salah aku ?!!! *jerit kuat-kuat dalam hati* 

Alkisah ....

Pada suatu petang yang lengang dekat kedai dengan bertambah suram nya dengan tak ada customer,aku terima satu mesej. K dalam hati aku dah dapat agak mesti Maxis lah ni nak hantar sms jiwang lagi kat aku. Kalau tak pasal SOS Topap, mesti suruh aku topap. Siapa tak kenal Maxis? Terkenal dengan line nya yang serupa hanjengggg dan suka tolak kredit orang sesuka hati *agak-agak orang Maxis saman aku tak buat statemen serupa Hazwan Ali ni?* Hahaha okay kembali semula. Then aku open mesej rupanya bukan dari Maxis tetapi rupanya dari bestfriend aku until Jannah iaitu Shahira. Dia text kat wa macam mana tau 

"Aku rasa Rabu *yang sepatutnya esok* ni kita tak dapat keluar sesama lah. Aku nak kena balik Putrajaya. Sedih weyh"

That moment bila aku baca text dari Shahira tetiba ada sound effect petir kat belakang aku *sangat propa hengkoooo* Then bila aku baca tu, sumpah aku rasa macam WADEHELLLL doh ?! Tapi tak apa aku tak marah pun. Malam sebelum tu pulak si Razila call aku yang si Yumi tak dapat pergi sebab dia tak ada cuti. Dia cuti hari Isnin je. Kau tengok, bermacam-macam dugaan yang aku dapat. Betapa tabahnya aku melalui semua ini. Lol. Cuma aku frustrated sikit sebab bayangkan k dari minggu lepas aku tunggu hari Rabu sebab nak keluar jump korang semua then shopping sama-sama. And last-last tak jadi.Lagi satu, bila lagi kita boleh jumpa lagi sama-sama kan? Sedihhh. So aku hanya mampu terima dengan reda dan aku anggap benda ni small matter je. Aku tak kisah pun so aku pun wat lek wat chill sambil makan kacang rebus. Mungkin sebab aku terlalu berharap dan excited sangat, tu lah padahnya hahaha K....

Selama ni memang betul lah kata orang, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. So kita tak boleh nak salahkan sesiapa, tetapi kita harus terima semua ini dengan reda. Aku cerita benda ni mcm masalah besar je kan tapi tu lah hakikat yang kita harus terima. Mungkin ada hikmah yang berlaku di sebaliknya yang kita tidak tahu. Sambil aku mengelamun memikirkan nasib yang malang ni tetiba.....

Bunyi phone aku berbunyi lagi menandakan mesej masuk. K aku pun lagi, dengan sepantas kilat tambah angin tambah cahaya tambah special cheese bukak mesej. Sekali lagi dari Shahira

"Weh Raz kata Isnin depan kita keluar ;)"

And me was like eh seriously ke ni doh? Mereka ni memang pandai pujuk hati aku balik. Ceh ye ye je. Hahaha kalau tak, aku kalau dah merajuk memang susah nak pujuk tau. Kau bagi aku tujuh dulang hati nyamuk plus jambatan emas pun belum tentu boleh jalan lagi. Hahaha Okay, bila aku dah baca mesej dia tu, aku tak nak berharap sangat lah tapi im still happy tapi tak nak over excited sangat nanti jadi mcm dulu. Mintak-mintak jadi, so boleh aku update gambar nanti kat blog. Muahahahahahaah okay *mcm jantan dah aku gelak* Tapi benda ni small matter je, aku dah lupakan semua. Tengok betapa positifnya diri ni? hahahahahhaha

Till we meet again,xoxo


Monday, 7 January 2013

Permohonan ke UPU Telah Dibuka


Assalamualaikum semua. Post kali ini special tambah cheese aku tujukan untuk semua readers especially yang baru lepas SPM, STPM dan sewaktu dengannya.

Sebagaimana yang korang sedia maklum, hari ini tanggal 7 Januari 2013 bersamaan hari Isnin permohonan untuk UPU telah pun dibuka. Sampai trending dekat Twitter hengkooo.Hahaha so memang semua pelajar form 5 di seluruh Malaysia sedang membincangkan topik hangat ini kat Twitter sampai naik trending. Lol.


Nampak takkkk ?!!

 So kita semua boleh beli no ID unik di BSN yang berdekatan dengan tempat tinggal korang. So any information korang boleh click kat link ini


Aku sekarang tak tahu nak pilih bidang apa. Aku rasa macam dilemma. Aku perlukan pendapat sebenarnya. Review dari anda semua amat saya hargai. Aku tahu  korang semua mesti lagi berpengalaman dalam2 benda mcm ni kan? hihihi Tapi cadangan atau pun pendapat dari anda semua amat saya hargai.Apa-apa hal korang boleh tinggalkan jejak kasih korang dekat Shoutbox. Terimasss ! xoxo 

Pengalaman Pertama Bekerja


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah yang tercinta ini. Terima kasih ya Allah.

Okay, teruskan bercerita. Sekarang ni kan aku tengah menunggu result SPM kalau tak silap aku maybe bulan 3 kot dapat nanti. Gila hengkoooo tak berdebar. Hanya Allah je yang tahu betapa nebess nya diri ku yang lemah ini. Hahahah *ayat wa sangat tak boleh blah* So untuk menghilang kan rasa bosan tahap 360 darjah dekat rumah, aku telah pun memohon untuk bekerja dekat Kenanga Wholesale depan rumah aku tu. Aku malas nak kerja dekat Times Square or Pavillion sebab jauh, then kos pengangkutan lagi and mcm-mcm lagi la. So I decide to work at Kenanga Wholesale sebab dekat dengan rumah aku, lepas tu yang penting tak ada kos pengangkutan. Balik jalan kaki tak sampai 15 minit. MUAHAHAHA

So how my first experience ketika bekerja? Well, it's okay lah cuma hari pertama bekerja seriously awkward dan penat gila.Maklumlah, first time kerja kan, bila dah berdiri lama tu sumpah kepala lutut mcm nak tercabut tapi bila dah lama-lama tu okay  lah. So korang jangan risau eh. Kahkah. Tapi alhamdulillah, pekerja-pekerja kat situ semua okay-okay dan mesra-mesra orangnya kecuali adalah akak sorang tu. Wadehel ! Aku malas nak cakap, buat sakit hati. Janji dia tak kacau hal aku. Lu hal lu, wa hal wa. *tunjuk penumbuk*

Seriously talk, sepanjang aku jadi sale girl ni aku jumpa bermacam-macam ragam manusia. Ada customer yang okay, ada customer yang senang boleh go on, ada pulak tu customer yang mesra nak mampus cakap dengan aku mcm dah kenal lama then ada customer yang cerewet. Tapi aku anggap benda tu sebagai positif sebab aku tahu aku baru nak mengenal dunia dan aku anggap ini sebagai cabaran hidup luar. Yeah you know, life kat sekolah dengan life kat luar sangat berbeza okay. Aicecehhhh cakap mcm aku ni dah banyak pengalaman. Tapi yang paling best sekali, aku dapat jumpa customer dari luar negara and i can improve my english skills. Yang paling aku ingat sekali bila aku dapat sserve customer dari Seoul, Korea. And me was like, "Eh apahal diorang cakap Korea ni?" Then, bila aku tanya memang betul lah diorang dari Korea. Yayyy ! Excited noksss. Memang kulit diorang flawless gilaaaaa...... macam aku jugak hahahah *silakan muntah pelangi sekarang*.

Oh ye, pasal gaji okay lah. Cukuplah untuk aku seorang. Hahahaah.
Till we meet again, xoxo

From left: Kak Rini, Zetty yang cute tu, Kak Hani, Kak Nisa, Kak Siti and Kak Susi
P/s: I yang paling muda kat situ. Hahaha Stay young :-)

Sunday, 6 January 2013

Kehidupan Selepas Meninggalkan Alam Persekolahan


Assalamualaikum semua. Hawau you? Dah 2013 dah kita sekarang. Time flies so fast. Seriously. Hahaha k tatap sikit gambar kat bawah ni.

 Okay try guess which one is me? Hhihi x

Gambar kat atas ni adalah gambar semasa tahun 2012 me with Nadia and Chayu. Seriously aku malu nak mengaku ni tapi dengarlah wahai rakyat, I MISS SCHOOL LIFE ! No, jangan mintak aku ulang lagi ayat ni. Ego aku kalah. Hahaha sumpah ayat tak boleh blah. Dulu, masa form 5 tak sabar nak keluar sekolah konon malas nak bangun pagi then bersiap-siap, sebab banyak homework and paling malas sekali apa tau. Aku konfem semua budak memang malas nak buat benda ni setiap pagi hari Isnin. Yes ! Exactly, perhimpunan . Aku pun dulu menyampah gila nak masuk perhimpuan. Nak-nak bila kena nyanyi lagu sekolah, Satu Malaysia bagai. Sepanjang aku menyanyi lagu tu, sepanjang tu aku buka mulut seluas yang mungkin untuk menguap. Kalau diikutkan segerombolan ekor lalat pun boleh masuk. Hahaha. Sampai sekarang aku still ingat lagi, kalau hari Isnin, muka aku lah yang paling malas sekali nak pergi sekolah. Ya Allah, rindunya ~Memang dulu I hate Mondays, tapi kini tidak lagi ! FREEDOM !! Muahaha

Kalau dulu time masuk form 1, fresh junior perangai baik je. Malu-malu kucing serupa kucing jantan nak mengawan kucing betina. Ye lah malu kan, time tu baru masuk tapi hamek kau bila dah nak form 2 masing-masing tunjuk belang. Kemainn  hengkooo *ala-ala Azwan Ali* Hahaha.Tapi kan, maaf ada lagi tapi kat sini. Aku belum habis cerita lagi. You know what, bila kau dah habis sekolah kau akan rasa betapa lifeless gila life kau nanti. Seminggu boleh lah tahan kan, siang tidur malam berjaga tapi bila dah lama kau akan rasa macam WADEHELLL. Apa aku buat ni? Bingung kejap hahaha. Then, mulalah kau teringat balik life sekolah kau dulu mcm mana. Serious talk, itulah apa yang aku rasa sekarang. 

Aku rindu nak gila-gila dgn classmate aku
Aku rindu dgn cikgu-cikgu aku terutama cikgu Math aku, Cik Faezah *selalu kena marah dulu*
Aku rindu dengan mak cik kantin sekolah aku 
Aku rindu nak berebut makanan dengan kawan aku. *nama je sekolah perempuan tapi bila pasal makanan semua mcm ikan piranha, tak senonoh perangai*
Aku rindu suasana dalam kelas

Aku rindu semuanya kecuali HOMEWORK. Yang itu langsung aku tak rindu,  teringat pun tak pernah. Sebenarnya, aku nak cerita banyak lagi tapi kalau cerita sampai esok pagi pun belum tentu habis lagi. It's okay, sekarang aku dah dewasa *aicecehhh* so life must go on. Sementara aku tunggu result SPM, sekarang aku kerja kat Kenanga Wholecity as sale girl. I'll tell you more about that later ! Insha allah ~ 

                   Nama je librarian, tapi baca bukunya pemalam level 69 
Till we meet again, xoxo                                          

Im back and Hello 2013 !!





Assalamualaikum semua. Akhirnya, aku kembali semula untuk menghapdate blog aku yang dah uzur dah memerlukan pemerhatian yang secukupnya dari aku.
 Omg akward gila okay nak update blog balik setelah sekian lama aku tak menghupdate blog. And, aku tahu korang boleh merasa betapa akward nya post ini. Hahaha k hambar level 69. Oh sebelum aku nak membebel lagi panjang, i guess tak terlambar lagi untuk aku mengucapkan Happy New Year 2013 !!!!
'
Hari ni adalah hari Ahad dan minggu yang pertama untuk 2013. Nothing much I can say, everything is normal dan hari aku berjalan dengan lancar. Semoga tahun 2013 ni aku mampu mengharungi segala cabaran dengan lebih kuat dan tabah. And one more thing, may 2013 is much better than 2012. Okay lah cukup sampai sini dulu pembukaan cerita 2013 aku. I'll hapdate more after this. Insha Allah.

HAPPY NEW YEAR GUYSSSSS !!!

Walaupun hakikatnya sekarang dah 7 January 2013. Lol 

Saturday, 2 June 2012

Super Spontan

Phewww, cuaca sekarang panas gila kot. Kalau dapat minum air tembikai pon okay jugak. Baru panas dekat dunia, kita dah mengomel macam mana pulak panas dekat akhirat. Lu fikir lah sendiri ! Hahaha Assalamualakum to all my followers and reader out there. Hawau you today? Harap baik-baik je k sempena cuti sekolah ni. Tak ada yang patah tangan or patah whatever lah. Sayangi diri sendiri k. K sumpah aku dah melalut jauh gila. Okay straight to le point...

Super Spontan pon sudah melabuhkan tirainya malam semalam. And you know the winner is Zizann!! Hahaha Okay my favourite Malay male artist. Sebenarnya aku nak ucapkan tahniah dekat pengasas Super Spontan. Siapa eh pengasas dia? Afdlin Shauki ke? Hm tak kisah lah tapi aku memang respect lah sebab ye lah semua dalam spontan. Kau hado ? Hahaha kalau kita buat spontan orang gelak tak apa, cuba orang tak gelak mahu terkencing diorang Hahaha. Not for Zizan too, nak congrate untuk Johan, Rahim, Suhaimi, Tauke dan semua peserta Super Spontan lah! Korang memang le best. Siapa-siapa yang tak tengok lagi final Super Spontan korang boleh tengok dekat youtube. Aku rasa mungkin dah keluar kot dekat youtube. Memang kelakar habis
Kalau korang tengah tension-tension sebab bergaduh dengan korang punya kapel ke, homeworks buat tak habis-habis lagi haaaa wajib lah pergi tengok Hahaha

:D

P/S: Bila aku boleh dapat jumpa abang Zizan in real life? Hahaha Forever Jozan !!

Friday, 1 June 2012

MEN IN BLACK III

''Mohon tengok cerita ini''

Assalamualaikum to all my readers out there. Rasa macam dah lama je tak update blog kan? Okay, sebab kan lama sangat dah tak update blog, Zetty nak tulis banyak-banyak kat sini. *macam lah banyak sangat*. Hahaha. Hari ni Zetty nak update pasal cerita Men In Black III. Aku sarankan kepada siapa yang tak tak tengok lagi better tengok cepat!!! Sumpah aku cakap awesomee gila wei ! Hahaha.
Hari Rabu hari tu, me and my friends tengok MIB III atas desakan aku sendiri. Hihi. Memang ramai dah kenalan aku cakap cerita tu best, so diorang suggest dekat aku suruh tengok cerita tu. Hihii. Tapi kan, memang dari segi cerita orang putih ni memang aku puji lah sebab CGI diorang perghh memang dah tahap terbaik daripada negara kita, Malaysia. Mungkin teknologi mereka lagi hebat dari kita tapi tak salah kalau kita cuba? Hihihi.
Over all cerita MIB III tu layak lah aku bagi 5stars. Haaa kalau korang macam mana pulak? Dah tengok ke belum? Kalau belum pergi serbu cepat dekat wayang yang berdekatan dengan rumah anda ! :D
Okay pic seround untuk korang :D


Aku lah yang ditengah-tengah tu? Lawa? Aku tahuuu. Hahaha 

Tuesday, 29 May 2012

Tak perlu obses sangat...

Assalamualaikum to all my readers out there. Hari ni hujan kat tempat Zetty. Alhamdulilah hujan tu kan tanda rahmat. Hihihi. Hari ni nak keluar pergi tengok MIB III dekat Times Square tu je haa. Rata-rata rama cakap certia tu memang VULAWEEEEIII~ Hahahaha. Tapi sebelum nak pergi, meh kita update blog dulu yerrr.

''Sorry sorry bla bla bla''

''If i was your boyfriend ~''

''Baby you light up my world ~''

Mohon tengok gambr-gambar di atas. Rasa-rasa korang, korang kenal tak siapa mereka tu? Kalau tak kenal memang korang ni bukan dari Malaysia even haters sejati mereka pon kenal diorang ni siapa. Kannnn? So aku rasa tak perlulah aku nak kenalkan lagi sebab mereka memang dah fofular di seantero dunia. Hahaha. 
Bagi aku tak salah pon kita nak minat Kpop, One Direction or Justin Bieber. Even Bangla Pop. Tu minat diorang kan. Lantak pi lah sama depa *hamek slang Kedah dah keluar* Hahaha Tapi satu je lah yang aku tak berkenan. Peminat diorang. Peminat diorang yang terlalu fanatik sampai kan bila kita kritik sikit artis tu, pergghh aku cakap diorang bash balik kat kita, memang gila punya ! Hahaha. Tapi tu yang fanatik. Kalau biasa-biasa, mereka cool je. Aku sukaa hihihi. Okay berbalik kepada fan yang terlalu obses dengan artis,sometimes aku terfikir kalau diorang back up gila-gila punya pon kau rasa artis tu nak bagi award ke kat diorang. Aku rasa macam tak, tapi tak tahulah kalau mereka kan. Hiiihi *gelak sindir*

Sebenarnya tak perlu lah obses sampai macam tu sekali sampai ada yang bergaduh sesama sendiri semata-mata nak defend artis diorang. Musnah silaturrahim woi. Hahaha. Lagi satu, kalau tengok dekat Twitter sampai hari-hari naik trending benda yang sama. Gentle aku rimas. Ye aku tahu tak salah tapi agak-agak lah sikit jangan sampai orang lain nak menyampah tengok gelagat korang.
Ini hanya pendapat saya. Please correct me if im wrong :D
Sokonglah artis Malaysia kita !! *tetiba*

Favourite Song Sepanjang Zaman

Assalamualaikum semua. Hawau you my followers? Rasa tertekan pulak buat kerja kursus account tadi. Ni yang nak release tension, sambil buat kerja tu, kita update blog meh. Hihih Everyone love music. Ye itu sudah semestinya. Even aku pon suka music. Tapi korang pernah tersedar tak, that moment bila kita dengar music secara automatik kita akan terus teringat dekat orang tu, dekat si ''ehem ehem'', then lagu tu kadang-kadang boleh buat kita happy and kadang-kadang boleh buat kita sedih tanpa sedar. Ke aku sorang je yang sedar tentang ni? Hahahaha *tiba-tiba rasa macam tak ada orang kisah* LOL. Walaupon sekarang ni kita di tahun 2012 tapi entah lah setiap kali aku dengar lagu ni mesti aku tetiba rasa jiwang-jiwang sekejap Hahahah Aku bagi korang korus dia jelah, mesti korang dapat tangkap punya Hihi.

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


Haa macam mana tau kan tu lagu apa? Kalau korang tanya sebab, aku rasa maybe sebab lagu ni sangat sweet kot lepas tu pasal memori-memori tentang kau dan aku. Awww so sweet Hahaha
I hope that mu future husband nyanyikan lagu ni untuk I. Aloloo *berangan* Hahahaa











Single VS Couple :D

Tak tahu kenapa tapi dua tiga hari ini ramai pulak tanya soalan dekat aku. Rasa macam diri ni retis pula *bajet gila pulak haa aku ni* Okay kita teruskan. Kadang-kadang aku tanya jugak soalan ini dekat diri aku. Tapi diorang dah tanya. Nak tahu soalan-soalan dia macam mana. Kemungkinan besar mereka-mereka ini boleh menggantikan Kiah Propa pada satu hari nanti Hahaha k *lawak hambar*
Soalannyaa....

  1. ''Zetty, kenapa kau single?''
  2. ''Eh kau berdua ke ataupon still single lagi''
  3. ''Kau tak nak couple ke ''
Sebelum aku menjawab tu, thanks ye u olss sebab tanya soalan ni kat aku. Tu tandanya korang take care dekat aku. Hahaha Aku anggap benda tu positif lah kan. Dalam hidup ni, memang Allah ciptakan kita berpasang-pasangan *Eh betul ke ayat aku* Ada lelaki dan ada perempuan. Siapalah tak nak merasa dicintai dan mencintai weh? Aku pon nak even pondan-pondan ingin dicintai tau. Hahaha Tapi aku still not ready lah. Lagipon aku baru 17tahun tau. SPM pon tak lepas. Subjek pon banyak fail. Tapi aku tahu mesti diorang akan cakap ''Bosannya life kau'', ''Pandai-pandai lah bahagi kan masa nanti''  Tak semestinya kalau dah couple, hidup ni akan sentiasa happy, kadang-kadang mesti ada rasa sakit hati kan? Hahaha Still aku tak kisah pon orang luar nak cakap apa. Memang single ni kadang-kadang lonelylah tapi i have my family, my awesome friends and the most important is I have Allah beside me :D. Insyaallah, kalau ada jodoh tak kemana . Aicecehhhhhhhh *padahal baru 17tahun ni woi !* Hahahaha

Tapi kepada yang masih couple tu, keep it up guys !! Jaga relationship korang baik-baik k. Zetty always support u olls Hahahaah And tak lupa juga kepada yang baru break up tu jangan lah putus asa. Cuma korang belum jumpa lagi the best dari sebelumnya. Teruskan hidup, jangan pulak bunuh diri. BERDOSA BESAR. Hihih


Monday, 28 May 2012

Rilekslahhh...

Assalamualaikum semua. Tadi jalan-jalan dekat muka buku kejap. Saja jalan maklum lah lama sangat dah tak bukak. Sekarang ni kan asyik layan Twitter and Blog. Blog ni pon sebenarnya baru nak berjinak-jinak Hhihi. Tiba-tiba tengah syiokk scroll down home dekat Muka Buku tiba-tiba mata aku ni tertancap pulak dekat seorang minah yang aku rasa boleh tahan lawa tapi hmmm status-status dia semua maki-maki orang. Gentle aku cakap aku tak paham lah dengan perangai orang macam ni. Motif kau nak maki-maki ni kenapa? Awak tu dah lah perempuan. Jagalah tatasusila dan adab kita sebagai perempuan. Jangan sampai orang luar cakap '' Haihh nama je perempuan, muka dah ayu tapi bahasa macam .......'' Paham-paham sendiri je lah. Aku rasa tak salah kalau kita nak cakap baik-baik. Lagipon Facebook tu kan public, semua orang boleh baca. Kalau nak maki boleh , maki dalam hati. Haaa kau maki lah puas-puas Hahahaha

Tapi bagi aku, kalau aku marah dekat orang tu akan terus terang and speak slowly lah dengan dia. Tak pun aku perli dia dekat Twitter ke Facebook ke. Biar dia terasa sendiri. Muaahaha padan muka kau. Tapi tak perlulah nak maki-maki sampai keluar perkataan yang aku rasa tak perlulah aku nak tulis dekat sini. Kita kan perempuan. Perempuan ini manis, ayu dan lembut *macam aku kan* Hahahahaah
So stay cool, stay chill k 

School Holidays

Assalamualaikum semua. Thank you lah kepada yang sudi singgah di blog saya ini. Maklum lah blog baru kan. Hhahaa. By the way, cuti sekolah pon dah start. Seriously sebelum dah start cuti aku rasa macam ''Wahh dah tak sabar nak cuti, cepat lah cuti aku dah malas gila nak sekolah'' Hahaha nampak tak tahap malas aku level berapa. Tapi bila dah start cuti tak sampai dua hari aku dah macam '' Apa yang aku buat ini?'' Tanya diri sendiri. Seriously aku dah macam tak ada life sekarang Hahaha Sodehhh ! K macam biasa, aku kan pelajar yang akan mengambil SPM tahun 2012, mestilah cikgu akan bagi banyak gila homework tapi aku rasa macam berterima kasih dekat cikgu sebab bagi hw tapi aku tahu mesti tak akan siap punya. Ya Allah, apa jenis kategorilah malas aku ni -___- . Sempena cuti sekolah ni jugak, cikgu-cikgu sekolah aku rajin gila nak buat kelas tambahan untuk kitorang tapi tu lah murid-murid pulak yang malas nak pergi *macam aku * Hihihi

So secara tuntasnya, tolonglah manfaatkan cuti dua minggu ini betul-betul ye adik-adik *bajet macam aku dah besar sangat* Buat semua homework yang cikgu bagi and rajin-rajin lah tolong mak masak dekat dapur hehehe

P/s: Tak sabar nak tengok MIB 3 esok dekat Times Square. Yahoo !

Teacher's Day Celebration

Alhamdulilah. Cuti sekolah pon dah bermula. So what? Lets get party babeh !! Hahaha Tapi aku rasa tak payah nak berparty sangat lah kan. SPM nak dekat dah. Sejujurnya aku takut sebenarnya saja je buat muka cool. Insya-Allah, aku akan manfaatkan cuti sekolah ini dengan sebaik mungkin. Hihihi. Panjang betul mukadimah aku kan.Okay lets get start it babeh :D

Last Friday, sekolah aku celebrate Hari Guru peringkat sekolah. Celebrate dekat SMK Puterijaya lah kan. And you know what, the celebrate was too awesome babeh ! Cikgu-cikgu aku buat tarian lagu apa entah. *sorry i dont know* I  think its classic song. The moment aku tengok cikgu-cikgu buat persembahan, aku terus teringat yang tahun ini adalah last year aku sekolah kat SMK PUTERIJAYA *saja caps lock sebenarnya* Haahaha, tetiba mood touching haaa. Then diteruskan pulak dengan persembahan 5Cekal, diorang nyanyi lagu Kenangan Terindah by Samsong. Bila diorang dah start nyanyi, Azira tetiba menangis then semua berjangkit. Lepas tu habis semua penonton touching. Of course lah kan, lagu tu memang sedih sampai mata aku pon naik berair. And I thinks that's the best performance for that day ;)

Next, semua kelas adalah buat jamuan kecil-kecilan. And aku tahu aku akan paling rindu this moment sebab kitorang karoke sama-sama dalam kelas, dengar lagu sama-sama and paling happening dancing sama-sama. Senang cerita semua sama-sama lah. Omg, mata dah berair. *lap air mata*. Tapi aku tau aku akan rindu dengan mereka-mereka semua lepas habis sekolah nanti ;) Sorry, gambar tak ada pulak malas nak upload. Hahahaha. Bagi satu cukup lah eh. hihihi



That's me. W my friend Rosila. Gentle muka aku sekarang dah chubby. Kbye.



Sunday, 27 May 2012

Thanks to Najwa Zahari :)

Assalamualaikum u olls. Post ini khas saya tujukan untuk Najwa Zahari my classmate rasanya yang paling blur dekat kelas kot. Thanks Najwa edit blog i. It looks awesome k. Maklumlah dah lama sangat tak blogging, habis semua lupa. So kalau korang nak mintak pertolongan edit-edit blog ni, tak salah rasanya nak mintak dekat Najwa kan? Hahahahahaha. Nak tengok macam mana rupa Najwa? She's lil cute but she's too blur. Hahahah


P/s: She's still single and available. Boleh isi borang lagi kalau nak. :D

Testing2!

Take my hand and left me alone!

Orait zetty, blog awak dah pun siap! Sorrylah, terlalu banyak warna pepel and pink :D haha.Anyway, hope awak suka and enjoy it ek. Tulislah banyak2 masa cuti ini, hehe. Erm, sekarang blog ni di bawah tanggungjawab awak and lagisatu.. Kalau awak rasa nak tak suka apa yang kita buat, awak just edit la sendiri k? ^^

Thursday, 24 May 2012

Oh well hello to those who reading my blog. Assalamualaikum semua. Guess what, rasa kekok pula bila first tulis blog ni. Well this is not first time aku blog. Tapi lama juga sebenarnya dah tak buat blog. Sumpah rasa akward gila. Hahaha by the way, this is me Zetty, 17 years old and yeah baru nak hidup sebenarnya. Pengalaman hidup pon tak seberapa. Im school at SMK Puterijaya dan korang mesti tak tahu pon kat mana pon location sekolah tu kan? Hahahaa. Google map ada. Boleh cari sekolah tu kat mana


To my followers, kalau ada *nampak macam ayat attention seeker* thanks follow my blog and enjoy read it ;)